Showing posts with label najwa latif. Show all posts
Showing posts with label najwa latif. Show all posts

Monday, May 26, 2014

Cara pakai Selendang ala Bawal Vwynda Fesyenista



Bahan-bahan
         I.            Selendang
        II.            Pin tudung
      III.            1 Peniti
      IV.            2 Kerongsang
        V.            Scarf Ninja

Cara Pemakaian
1.        Pasangkan scarf anda
2.        Lipatkan sedikit hujung selendang anda menjadi segi tiga.
3.        Pegang bahagian segi tiga yg di lipat tadi kemudian letakkan d kepala anda dan pinkan seperti biasa ( pakai tudung bawal.
4.        Pastikan selendang tadi panjang di bahagian kiri ( mengikut keselesaan ).
5.        Ambil bahagian dalam selendang yg panjang tadi dan letakkan secara bersilang di bawah selendang kiri.
6.        Kemudian lilitkan ke bahagian kepala anda dan pinkan.
7.        Kemaskan selendang anda seperti posisi yg berikut.
8.        Akhir sekali, pasangkan broch anda d bahu ( jika perlu ). Selamat mencuba.

Nota
a)        Selendang Pashmina amat sesuai untuk style ini memandangkn pashmina lebih lebar dan panjang.

b)        Sesuai kepada muslimah yg minat dalam fesyen kerana tidak pendek & menutup aurat.

Cara Pakai Selendang Vwynda Fesyenista


Bahan- bahan
         I.            1 helai selendang
        II.            4 batang peniti
      III.            2 biji broch/ kerongsang
      IV.            1 helai scarf ninja

Cara pemakaian
1.        Pakai tudung ninja anda.
2.        Letakkan selendang anda dgn posisi panjangkan sedikit di sebelah kiri ( megikut keselesaan )
3.        Ambil hujung selendang anda yang panjang dan pinkan d pipi kanan
4.        Pinkan lagi d pipi sebelah kiri.
5.        Letakkan selendang yg pendek tadi di atas dan silangkan dengan selendang yg anda pinkan tadi
6.        Tarik selendang yg panjang tersebut melilit ke atas kepala dengan kemas & pinkan.
7.        Kemudian, ambil hujung selendang yg pendek di sebelah kanan anda dan tarik sedikit ke belakang.
8.        Kemaskan bahagian hadapan, sisi kiri kanan bahu anda setelah itu pinkan bahu anda @ gunakan broch ( mengikut kesesuaian ).


Nota
a)        Pattern selendang yg sesuai adalah pattern lembut (kapas) spt Pashmina kerana pattern yg licin sukar untuk di bentuk.
b)        Pattern licin boleh juga di gunakan tetapi memerlukan pin/peniti yg banyak.

Selamat Mencuba =]