Monday, May 26, 2014

Cara Pakai Tudung Bawal Vwynda Fesyenista


Bahan-bahan 
        I.            1 helai tudung bawal
        II.            1 biji pin tudung
      III.            2 batang peniti
      IV.            2 broch
        V.            Scarf Ninja
Cara Pemakaian

1.        Pakai scarf anda.
2.        Pakai Tudung anda seperti style biasa dengan menyamakan hujung tudung anda dengan sama panjang.
3.        Ambil bahagian hujung tudung ( kiri ) anda, pegang dan bawa ke belakang.
4.        Kemudian lilitkan ke atas kepala, pinkan dan kemaskan
5.        Setelah itu, ambil hujung tudung ( kanan ) dan bawa ke kiri. Pastikan menutup dada anda.
6.        Akhir sekali, kemaskan dan pinkan broch anda di bahagian bahu.
Nota

a)        Tudung bawal yg sesuai adalah tudung bawal yg bermanik/batu di tepi/sisi kerana tudung biasa ini boleh menuka imej anda nampak lebih elegant.
b)       
Tudung bercorak kurang sesuai memandangkan sisinya tiada mempunyai apa-apa accessories.

Cara Pakai Selendang Roses ala Bawal Vwynda Fesyenista



Bahan-bahan
                     I.            Selendang
                    II.            Scarf
                  III.            2 peniti
                  IV.            2 broch

Cara Pemakaian
1.        Pakaikan scarf anda.
2.        Lipatkan sedikit hujung selendang anda menjadi segi tiga.
3.        Pegang bahagian segi tiga yg di lipat tadi kemudian letakkan d kepala anda.
4.        Ambil hujung segi tiga tadi kemudian bawa ke atas telinga sebelah kiri.dan pinkan. Pastikan selendang tadi panjang di bahagian kiri ( mengikut keselesaan ).
5.        Ambil bahagian dalam selendang yg panjang tadi dan lilitkan ke bahagian kepala anda dan pinkan dekat bahagian ( pertemuan ) telinga tadi.
6.        Gulungkan hujung selendang tadi dengan kemas kemudian gulungkan pada tepi telinga anda ( ikut keselesaan ).
7.        Akhir sekali, kemaskan dan pasangkan broch anda d bahu ( jika perlu ). Selamat mencuba.

Nota

a)        Pemilihan selendang hendaklah menggunakan selendang cotton agar mudah untuk membentuk rose tersebut.

Cara pakai Selendang ala Bawal Vwynda Fesyenista



Bahan-bahan
         I.            Selendang
        II.            Pin tudung
      III.            1 Peniti
      IV.            2 Kerongsang
        V.            Scarf Ninja

Cara Pemakaian
1.        Pasangkan scarf anda
2.        Lipatkan sedikit hujung selendang anda menjadi segi tiga.
3.        Pegang bahagian segi tiga yg di lipat tadi kemudian letakkan d kepala anda dan pinkan seperti biasa ( pakai tudung bawal.
4.        Pastikan selendang tadi panjang di bahagian kiri ( mengikut keselesaan ).
5.        Ambil bahagian dalam selendang yg panjang tadi dan letakkan secara bersilang di bawah selendang kiri.
6.        Kemudian lilitkan ke bahagian kepala anda dan pinkan.
7.        Kemaskan selendang anda seperti posisi yg berikut.
8.        Akhir sekali, pasangkan broch anda d bahu ( jika perlu ). Selamat mencuba.

Nota
a)        Selendang Pashmina amat sesuai untuk style ini memandangkn pashmina lebih lebar dan panjang.

b)        Sesuai kepada muslimah yg minat dalam fesyen kerana tidak pendek & menutup aurat.

Cara Pakai Selendang Vwynda Fesyenista


Bahan- bahan
         I.            1 helai selendang
        II.            4 batang peniti
      III.            2 biji broch/ kerongsang
      IV.            1 helai scarf ninja

Cara pemakaian
1.        Pakai tudung ninja anda.
2.        Letakkan selendang anda dgn posisi panjangkan sedikit di sebelah kiri ( megikut keselesaan )
3.        Ambil hujung selendang anda yang panjang dan pinkan d pipi kanan
4.        Pinkan lagi d pipi sebelah kiri.
5.        Letakkan selendang yg pendek tadi di atas dan silangkan dengan selendang yg anda pinkan tadi
6.        Tarik selendang yg panjang tersebut melilit ke atas kepala dengan kemas & pinkan.
7.        Kemudian, ambil hujung selendang yg pendek di sebelah kanan anda dan tarik sedikit ke belakang.
8.        Kemaskan bahagian hadapan, sisi kiri kanan bahu anda setelah itu pinkan bahu anda @ gunakan broch ( mengikut kesesuaian ).


Nota
a)        Pattern selendang yg sesuai adalah pattern lembut (kapas) spt Pashmina kerana pattern yg licin sukar untuk di bentuk.
b)        Pattern licin boleh juga di gunakan tetapi memerlukan pin/peniti yg banyak.

Selamat Mencuba =]